Oleh
Dr. Saiful Azhar Rosly
Dipetik dari Akhbar The Sun, Business 30-5-97 muka 5
Pada tahun 1974, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa insurans hayat konvensional adalah haram kerana ia mengandungi unsur 1). Gharar atau risiko dan ketidaktentuan 2). Maysir atau perjudian dan 3). Riba atau bunga. Sehubungan dengan itu, versi insurans yang bersifat islam telah diperkenalkan pada tahun 1985, apa yang dinamakan sebagai Takaful Keluarga pada hari ini.
Persoalannya sekarang ialah apakah rupa bentuk gharar dan maysir yang difahami oleh para ulama bila fatwa tersebut dibuat? Apakah dalam fikiran mereka itu berkaitan dengan risiko perbuatan manipulatif manusia, yakni risiko yang berbentuk moral dan keruntuhan moral? Atau mereka mungkin merujuk kepada risiko spekulatif. Jikalaulah benar yang demikian, ahli perundangan Muslim mungkin telah diberi nasihat yang tidak benar oleh pengamal kerana insurans konvensional tidak merangkumi soal risiko spekulatif, malahan syarikat insurans tidak akan memberi pampasan kepada pemegang polisi sekiranya berlaku kerugian akibat dari perbuatan runtuh moral ( moral hazard ). Untuk menarik pelanggan membeli takaful keluarga, ada baiknya syarikat takaful menjelaskan perkara ini.
Mengatakan insurans konvensional itu haram adalah mengelirukan kerana pada dasarnya, kedua takaful keluarga dan insurans konvensional bertujuan mengurangkan dan meringankan bentuk gharar atau ketidaktentuan atau risiko dalam kehidupan kita yang dinamakan risiko tulin ( pure risk). Risiko tulin wujud bila tidak terdapat potensi mengambil keuntungan, hanya kerugian yang sudah pasti sahaja. Kebakaran, banjir, kemalangan kereta motor dan kecuian adalah bentuk kejadian yang melibatkan risiko tulin. Peranan insurans ialah meringankan beban risiko ini atau memindahkannya ke satu pihak yang lain melalui perjanjian bersama perniagaan.
Potensi sama ada mendapat keuntungan atau kerugian adalah diluar bidang insurans. Bila seseorang melaburkan wangnya untuk membeli saham atau harta, risiko demikian tidak boleh dikira tidak bersifat Islamik, kerana Islam menggalakkan umatnya mencari kekayaan melalui perdagangan dan perniagaan.Kedua-duanya mengandungi prinsip mengambil risiko dan perkongsian untung.
Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 278 mengatakan ‘‘Allah s.w.t membenarkan perniagaan tetapi melarang ‘‘riba’’ .Risiko spekulatif hanya akan terjadi bila seseorang membuat aktiviti pelaburan ,yakni bila pelaburan dibuat, maka akan timbul risiko spekulatif, jika tiada pelaburan, risiko ini hilang . Ini sangatlah berbeza dengan risiko tulin kerana risiko ini sentiasa wujud, misalnya, pada bila-bila masa saja seorang itu berhadapan dengan kematian akibat dari kebakaran, kemalangan kereta motor, bencana alam, jatuh sakit dan sebagainya. Maka disinilah menjadikan insurans tersangat penting untuk membantu meringankan pendedahan risiko tulin dan kerugian terhadap dirinya.
Islam melarang perjudian atau Maysir. Ini kerana kebarangkalian menang atau mendapat untung adalah tipis sekali. Kebarangkalian satu peristiwa adalah peluang tidak tentu sesuatu akan berlaku. Risiko spekulatif dalam perjudian adalah sangat tinggi dan tidak dapat dijangka kerana peluang menang sangat tipis.
Ramai orang adalah risk-averse ( mereka memilih pelaburan yang selamat dari yang tidak selamat).Perbuatan berjudi itu sendiri pada hakikatnya adalah tidak rasional. Dalam kes ini insurans hayat pula, risiko tulin itu wujud kerana kematian itu adalah pasti, hanya bila akan berlaku tidak pasti. Maka menjadi tugas syarikat insurans mengkaji dan mengira kebarangkalian berlaku kematian atau kadar kematian seseoarang pada usia tertentu yang sudah pastinya bukan merupakan satu bentuk perjudian, tiada jaminan yang setiap orang akan menang, tetapi sangat besar kemungkinan ramai yang akan rugi. Oleh yang demikian insurans
bukan satu perjudian kerana risiko spekulatif wujud dalam perjudian sedangkan risiko tulin wujud tidak kira seseorang itu ada membeli polisi insurans atau tidak.
Risiko dalam perniagaan walau bagaimana pun berbeza dari risiko spekulatif perjudian,dalam perniagaan,keuntungan adalah besar bila ekonomi memuncak naik dan keuntungan sedikit bila sebaliknya berlaku.Sementara dalam perjudian pula,perolehannya masih kecil tidak kira ekonomi baik atau pun buruk.Oleh itu adalah wajar kita mengetahui apakah pemikiran para ulamak bila isu gharar dan maysir atau perjudian digunakan untuk membincangkan samada insurans itu haram atau tidak.
Dari segi unsur riba pula,mungkin inilah satu cara menyakinkan orang Islam bahawa insurans hayat konvensional tidak halal seperti yang diisytiharkan oleh fatwa tersebut.Ini berdasarkan syarikat insurans melaburkan dana mereka dalam saham yang menjana faedah / bunga seperti bond kerajaan dan sekuriti hutang swasta.Bila seseorang meninggal dunia, manfaat kematian akan dikeluarkan dari jumlah keuntungan syarikat,keuntugan ini dibahagikan pula kepada keuntungan underwriting dan keuntungan pelaburan.Keuntungan underwriting dihasilkan sekiranya premium yang dipungut melebihi perbelanjaan menyediakan perlindungan dan pembayaran pampasan oleh syarikat. Keuntungan pelaburan dijana dari pelaburan Bond dan saham.Dari yang kedua inilah manfaat kematian dari insurans hayat konvensional dianggap sebagai tidak halal kerana ia bercampur dengan riba dari pelaburan tersebut.Mungkin bila sampai masanya instrument kewangan dipasaran hari ini tidak mengandungi riba ,maka insurans hayat konvension akan menjadi halal dengan sendirinya.
Kesimpulannya : Kita mengatakan Takaful Keluarga adalah lebih baik atau superior daripada insurans hayat konvensional semata-mata kerana faktor riba itu saja.
Takaful bermaksud JAMINAN BERSAMA.
Dalam sitem takaful keluarga,manfaat yang diberi adalah mengikut konsep Tabarru dan Mudarabah.Tabarru dirujuk kepada konsep perhubungan berkongsi dan kerjasama sesama pemegang polisi,yaitu,manfaat kematian dikelurkan dari tabungan dana melalui premium yang dikumpulkan dan dividen dari pelaburan bebas bunga.Perhubungan diantara operator Takaful dengan pemegang polisi adalah berdasarkan konsep mudarabah yang mana pihak yang pertama menyandang tugas sebagai USAHAWAN ,pihak yang kedua sebagai PEMBEKAL MODAL..Operator takaful melaburkan premium dalam instrument bebas bunga / faedah dimana keuntungan akan dibahagi mengikut kadar perkongsian yang telah dipersetujui.
Apa yang jelas kita lihat yang tersebut diatas ialah satu cara mendapatkan manfaat kematian yang bebas bunga.
Walau bagaimana cara sekalipun,kebanyakan manfaat adalah diambil dari akaun khas peserta,bukan dari dividen.
Pada keseluruhannya,kontrak insurans hayat bertujuan memberikan perlindungan kepada individu dari beban kehilangan / kerugian akibat dari kematian dan ia tidak boleh lagi dikaitkan dengan unsur gharar dan maysir.
Operator takaful harus menjelaskan perkara ini.Pada masa dulu,perbankan islam dapat menarik pelanggan dengan kias ayam yang disembelih dengan ayam yang tidak disembelih.
Patutkah Operator Takaful berpaut kepada pemikiran demikian dengan menggunakan faktor maysir dan gharar untuk mendapatkan syer pasaran ?
Wajarkah mereka mengatakan bahawa syarikat insurans konvensional hari ini enggan memberitahu dimanakah syarikat melaburkan premium,dan seterusnya menimbulkan rasa sangsi dan ketidak selesaan orang ramai ?
Peluang Mencari pendapatan tambahan secara part time @ Full Time
Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang consultant dalam bidang unit trust atau insuran boleh lah e mail ke alamat khai_adwork@yahoo.com...dan sekiranya anda ingin mengambil insuran nyawa @ melabur boleh lah e mail ke alamat yang sama...
Wednesday, July 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment