Mengikut statistik terkini, lebih 1 juta kes harta pusaka masih belum selesai hingga sekarang. Harta pusaka yang dibekukan dianggarkan lebih RM100 Billion. Dan kejadian seperti anak saman mak, anak pukul bapak, kerana berebutkan harta pusaka sering berlaku di pejabat tanah. Kejadian seperti ini bukan sahaja memalukan kita sebagai orang Melayu, malahan menunjukkan kejahilan bangsa kita terhadap hukum agama Islam sendiri.
SIAPA YANG PERLU MERANCANG PUSAKA?
- Orang yang berhutang (wajib)
- Orang yang tiada anak atau tiada anak lelaki
- Orang yang mempunyai anak kecil atau anak angkat
- Ibu/Bapa Tunggal
- Suami : bagi melindungi harta sepencarian isteri
- Isteri : bagi melindungi harta sepencarian suami
Selepas seseorang itu dikebumikan, pewaris-pewaris akan dipanggil untuk satu mesyuarat berkenaan perlaksanaan pusaka. Sebelum pewaris-pewaris menuntut hak mereka ke atas pusaka, mereka perlu sedar hak pusaka ke atas pewaris seperti perlu bayar zakat harta, harta perlu digunakan untuk kebaikan atau amal jariah, selesaikan hutang/zakat kafarah arwah dan sebagainya.
PROSEDUR PERLAKSANAAN HARTA PUSAKA
1- Menanggung perbelanjaan pengkebumian (Khairat Kematian)
2- Zakat Kafarah (Hutang kepada Allah) seperti puasa (diganti pewaris) dan haji (buat upah-haji untuk si mati)
3- Bayar hutang arwah (termasuk kos pentaerdbiran pusaka seperti peguam dan pemegang amanah/trustee)
4- Kutip hutang bagi pihak arwah.
5- Pembahagian Harta Sepencarian
6- Pembahagian Pusaka Mengikut Hukum Faraid
Hasil pengalaman saya, ramai orang tidak sedar hutang seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit tidak dilindungi dengan insurans hayat. Anda perlu sedar walaupun ada rumah pusaka, ia perlu dijual untuk mendapatkan tunai. Masalahnya, bukan mudah nak jual rumah kerana ia mengambil masa yang agak lama, dan jika berjaya dijual pun, di mana anak isteri akan tinggal selepas ini?
Disinilah kebanyakan orang 'gagal' di dalam perancangan pusaka kerana dibebani pelbagai hutang pinjaman dan tiada Pusaka Tunai yang boleh digunakan untuk membayar hutang tersebut.
Oleh yang demikian, sila pastikan anda mempunyai perlindungan insurans hayat yang mencukupi untuk menanggung segala hutang pinjaman dan melindungi pendapatan tahunan anda untuk beberapa tahun. Ini supaya hutang pinjaman dapat diselesaikan, dan pewaris-pewaris dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.
WASIAT ISLAM
Penting (Perlu dibuat) untuk:
Melantik Pentadbir Pusaka
Supaya Harta Pusaka Tidak Terbeku
Supaya anda ada pilihan untuk penyerahkan harta pusaka kepada bukan pewaris seperti ibu/bapa yang bukan Islam, anak angkat, anak tiri atau sesiapa sahaja
Harta yang boleh diwasiatkan terhad kepada 1/3 sahaja dan tidak boleh dibuat kepada pewaris seperti isteri melainkan dipersetujui oleh semua pewaris-pewaris.
Tanpa wasiat Islam dan perancangan Pusaka Islam, perselisihan keluarga akan berlaku (terutamanya dihasut oleh bukan pewaris i.e penyibuk), hak-hak pasangan tidak kesampaian dan harta pusaka mungkin akan dibekukan tanpa boleh dimanafaatkan oleh sesiapa.
Peluang Mencari pendapatan tambahan secara part time @ Full Time
Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang consultant dalam bidang unit trust atau insuran boleh lah e mail ke alamat khai_adwork@yahoo.com...dan sekiranya anda ingin mengambil insuran nyawa @ melabur boleh lah e mail ke alamat yang sama...
Thursday, July 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment