Peluang Mencari pendapatan tambahan secara part time @ Full Time

Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang consultant dalam bidang unit trust atau insuran boleh lah e mail ke alamat khai_adwork@yahoo.com...dan sekiranya anda ingin mengambil insuran nyawa @ melabur boleh lah e mail ke alamat yang sama...

Wednesday, August 27, 2008

Bahaya Berhutang

Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksudnya : “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”.
Dan dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi, Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud:”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.
Oleh itu hindarkanlah diri kita tergolong dari orang-orang yang berhutang dan melengah-lengahkan pembayaran hutang.
Agama Islam menyuruh umatnya supaya berlaku sederhana dalam segenap aspek kehidupan seharian. Dan dengan kesederhanaan ini kita akan sentiasa merasa cukup dan berpada dengan yang ada. Suasana ini akan dapat menghindarkan diri kita daripada berhutang.
Rasulullah s.a.w tidak suka umatnya membiasakan berhutang. Dalam pandangan Islam hutang adalah merupakan kesusahan di malam hari dan suatu penghinaan di siang hari. Dan sememangnya ianya terbukti pada zaman sekarang, di mana ramai orang yang menghadapai kesulitan disebabkan hutang kad kredit dan juga ‘along’…
Justeru itu Rasulullah s.a.w selalu berdoa kepada Allah s.w.t supaya terhindar dari berhutang. Doa baginda yang bermaksud : ”Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain”.

No comments: